Thursday, 26 May 2016



HANYA DIA

Jauh nun menghiasi bumi,
Menanti kepulangan cinta,
Tunggu dan terus menunggu,
Tanpa ku sedari,
Air mataku membasahi pipi.

Hatiku terluka, patah!
Tiada harapan untukku bersua dengannya,
Aku pulang tanpa cinta,
Lemah, aku lemah!

Terdetiknya untuk aku pergi,
Jauh dari si lelaki,
Sendiri menyatu hati yang dulu mati,
Mati kerana cinta duniawi,
Hari demi hari,
Aku terus mencari.

Tersembunyinya cinta Ilahi,
Yang dulu aku lupai,
Yang dulu aku abai,
Kini aku ingin kembali,
Bersama cinta yang kekal abadi,
Bukan cinta patah hati,
Hanya cinta yang Esa ku impi.


The Kata Hati.

No comments:

Post a Comment