Saturday, 28 May 2016
Balik jumpa 3 Uncle Brunei
Bismillah.
8.10 pm, 24 Mei 2016.
Empat hari lalu yang lepas, waktu itu saya masih lagi dekat Miri dan pada masa sama flight saya ke Kuching.
Rindu sangat dengan tempat kelahiran.
Dalam perjalanan ke Airport Miri tu, fikiran saya bermain dengan bermacam-macam benda.
Takut! Nervous! Rasa nak nangis. Emotional sangat time tu.
Dah depan Airport tu, Struggle habis. Mana tak nya. Semua barang kena angkat sendiri. Berat. Banyak pula tu. Nak nangis sangat time tapi tahan je laa.
Nasib baik tak patah tulang. Haha ..
Dah malas sangat masa tu, cepat-cepat naik tingkat atas untuk masuk departure hall. Masalah time tu, saya balik sorang saja.
So, saya dengan tabahnya bawa diri.
Bersendirian!
Saya pun cari tempat duduk. Kosong!
'Ya Allah! Jauhnya tempat aku duduk.' bersabarlah. Allah uji aku.
Tanpa segan silu saya duduk tanpa peduli mata yang memandang. Kenapa ya?
Sebab time tu saya pakai purdah. Mustahillah tak ada mata yang perhatikan.
Saya duduk, beristighfar panjang dan tunduk. Setiap minit saya akan angkat kepala dan tunduk.
Sebenarnya, saya mencari orang untuk bertanya. Malangnya, saya malu untuk bertanya kerana orang disekeliling saya masing-masing sibuk dengan handsets.
'Ya Allah! Berikanlah aku petunjuk. Amin'
Saya masa tu mampu pujukkan hati. Pujuk untuk bersabar sebab kejap lagi Allah ta'ala akan kirimkan orang untuk bantu saya dalam perjalanan balik ini.
Beberapa minit itu, saya dilalui oleh 3 orang pak cik. Saya perhatikan saja mereka bertiga.
Nampaknya mereka tengah tempat untuk duduk. Sebelah saya ada banyak tempat kosong. Jadi, saya alihkan beg saya supaya mereka boleh duduk dan rehat.
Entahlah!
Hati saya terdetik nak tanya pasal flight saya tu.
"Assalamualaikum, uncle. Saya nak tanya, flight saya ni jam berapa ya?"
"Waalaikumsalam. Oh, lama lagi. Uncle pun ke destinasi yang sama dengan anak."
"Ya. 'Alhamdulillah'. Okay uncle. Terima kasih."
Senyum.
Tak lama tu, kami borak panjang. Talk about education, uncle son and daughter, tunjuk gambar anak dia, kenalkan sepupu dia, sesi Q&A gitu. And special sekali, uncle ni bekas seorang guru. Seronok sangat dapat cakap dengan pak cik ni.
Lupa. Nama uncle ni, Haji Tarif. Asal Brunei. Bersara sebagai seorang guru.
Uncle yang 2 orang tu tak sempat nak tanya nama. Mana taknya, asyik sangat sembang lupa nak bertanyakan nama.
9.05 p.m
Semua penumpang gerak untuk check tiket. Termasuk saya dan 3 orang pakcik tadi. Tengah tunggu barisan gerak tu, kami still on air. Borak kosong.
Dah habis check tiket tu, sambung lagi borak. Borak apa saya pun tak tahu. Sampailah depan AirBus AirAsia.
Still on air.
Part ni saya rasa ada lawak sikit. Mungkin.
Sepupu pakcik Tarif ambil gambar kami bertiga depan AirBus then ada yang tegur dia.
"Tak boleh bergambar."
"Ya. Okay."
"Sempat. Fuhh!"
Saya senyum je.
Then, uncle 3 ni cakaplah dekaat saya macam ni,
"Saudara baru kita. Boleh jumpa kelak bila habis belajar."
"InshaAllah uncle."
Kami, ketawa kecil.
Masuk je AirBus. Nampaknya kami akan berpisah. Sebab seat no. yang berlainan. So, mungkin stop situ buat setakat ini.
Dalam hati saya, ' InshaAllah kelak Allah pertemukan kita semula. Itu Pasti.'
Tak lama kemudian dah sampai Kuching. Kejap je. Dalam penerbangan tadi, saya hanya memikirkan mereka pakcik bertiga.
Terfikir sesuatu.
Ajaib doa! Alhamdulillah.
Keluar je, saya dah tak nampak mereka bertiga. Hilang. Saya tahu mereka mungkin kena rushing untuk transport untuk ke hotel.
Saya mampu senyum sebab Allah pertemukan kami berempat dalam masa yang singkat.
Syukur sangat!
Dan saya tahu pertemuan ini takkan berakhir begitu saja.
Inilah dinamakan KENANGAN.
Tanpa dirancang, Allah bertemukan jua. Indah bukan? Persaudaraan bukan di satu tempat saja malah dimana-mana kita berada.
Yes. Benar apa yang uncle katakan. Berjalan untuk tambah pengalaman hidup.
Kenangan yang saya takkan saya lupakan.
Saudara.Perantau.Islam is First Class.
[catatan si kata hati]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment